Wednesday, June 26, 2013

KOLEKSI PENCINTA PUISI-♥♥♥Nurulliza Hj Ab Karim♥♥♥


~ Bersabarlah Bila Dugaan Bertamu ~


Begitu berat dugaan kita

Disaat hati mula bahagia

Dugaan datang melanda jiwa

Cekalkan hati harungi jua



Ianya menyerang ingatlah DIA
Zikir dialun tenanglah jiwa
Tiada yang lebih berkuasa
Hanya Allah yang Maha Kaya

Tidak pula hadirnya diminta
Saat gurauan kita bermula
Hanya bermain kata-kata
Selain niat hanya bersuka-ria

Berani pula meluahkan rasa
Jiwa terperanjat tidak menyangka
Dalam diam ada cinta
Sudah lama memendam rasa

Aku hanya insan biasa
Tidak punya apa-apa
Hadirnya dia bawa bahagia
Bila berkeudara dengarlah ketawa

Hari ini kita diuji
Dugaab datang menguji mental
Hadapi ia dengan positifkan diri
Berat manapun tetap cekal

Jangan bimbang jangan risau
Aku sentiasa bersamamu
Bergabung tenaga melawan gelombang
Agak kelak fikiran boleh melayang

Cetusan Hati : ♥♥Nurulizza Hj Ab Karim♥♥

                                       

:: Disebalik Tingkap Hati::

Hujan turun tanpa henti
Saat mentari sedang meninggi
Luahan rasa mula dikongsi
Leraikan semua kusut dihati

Kita perlu saling mengerti
Bahawa cinta di hati ini
Memang sudah kita milikki
Hanya tunggu seruan Ilahi

Kata sepakat kita perolehi
Badai melanda tetap ditahani
Bila melanda positifkan diri
Agar ikatan terus harmoni

Saat rindu menyerang hati
Masing-masing menahan diri
Agar ianya tidak dicalari
Ikut nafsu meranalah nanti

Saat mereka diulit mimpi
Masa kita melayan hati
Waktu tidur kita korbani
Sakit dihati kita rawati

Cetusan Hati : ♥♥♥Nurulizza Hj Ab Karim♥♥♥
Hanya Mampu Tersenyum



~ CINTA ITU ANUGERAH~


Disini kita dipertemukan

Bertemu kita diatas ketentuan

Pada dasarnya hanya gurauan

Dari situ timbulnya rindu-rinduan

Hadirnya sungguh bererti
Dikala diri mencari sinar mentari
Kau pula munculkan diri
Senda-gurauan mencuit hati

Terbuai seketika bersama perasaan
Mungkin ini hanya khayalan
Cinta yang hadir perlukah diteruskan
Yang pasti kini kau sudah berteman
Tapi yang aku akui
Dari sehari ke sehari
Bunga cinta berputik mewangi
Mekar berkembang di taman hati

Kepadanya aku bermohon
Semoga apa yang dikurniakan
Akan menjadi kenyataan
Untuk kita temui kebahagian

Hasil Nukilan : Nurulizza Hj Ab. Karim
Hanya mampu tersenyum


~SIAPA DIHATIMU~

Wahai hati!!
Siapa yang sedang menduduki cartamu
Sentiasa membuatkanmu risau
Fikirannya haru-biru
Sentiasa merasa rindu

Wahai hati!!
Termenung sendiri apa yang dibayangkan olehmu
Siapa yang kau rindui selalu
Ya Ilahi, jika kau takdirkan dia untukku
Kau dekatkan hatinya dengan hatiku

Wahai hati!!
Dengarlah luahanku
Jika rasa itu menghiburkanmu
Sentiasalah kau mendampingiku
Sayangi dia seikhlas hatimu

Wahai hati!!
Jika dia mengindahkan harimu
Jagalah dia seperti nyawamu
Belailah ia selalu
Supaya dia rasa disayangi ketika bersamamu

HASIL NUKILAN :- Nurulizza Hj Ab Karim
Hanya Mampu tersenyum


:: CINTAILAH AKU KERANA ALLAH::
Sayangku
Terima kasih segalanya
Memahami dan menyayangiku tanpa melihat kekuranganku
Cintaku bukan kerana rupa, kehebatan dan harta yang mu milikki
Ketahuilah yang aku perlu hanya keimanan dan ketaqwaan dirimu
Untuk membimbing aku menjadi insan solehah dan bidadari di syurga

Sayangku
Cintailah, sayangilah dan milikki aku kerana Allah
Tiada yang membahagiakan selain dariNya
Tetapkanlah iman dan tingkatkan ketaqwaanmu
Untuk sama-sama kita menuju ke Jannah
Pupuklah kasih sayang antara kita berlandaskan syariatnya
Jangan sesekali kita tersasar dari landasan yang betul

Sayangku
Seandainya satu hari nanti impian kita terlaksana
Kotakanlah janji-janjimu, sentiasa semai benih kesetiaanmu
Bajailah ia dengan ketulusan dan kejujuranmu
Tekadkan azammu, luaskan empayarmu
Untuk sama-sama kita menuju gerbang kebahagian

Sayangku
Maafkanlah diri ini andai melukaimu
Kekhilafan diri kadang-kala tanpa aku sedari
Aku hanya insan biasa yang tidak mempunyai kelebihan
Tapi aku bersyukur sehingga kini mampu lagi bernafas
Berdirinya aku disini menemanimu kerana ketentuanNya
DIAlah jua yang hadirkan dan memupuk kasih dan sayang diantara kita

Sayangku
Aku cuba mendewasakan diri ini
Yang diketahui kadang-kala macam kebudakkan
Tapi ku berharap agar kau tidak mudah melatah
Kerana ini adalah diriku yang sebenar
Ada ketikanya aku minta dibelai dan dimanja tanpa menjejaskan akidah yg sebenar

Sayangku
Diri ini yakin yang kau sangat aku perlukan
Ku mohon padamu, jangan berhenti berdoa
Pohonlah kepadaNYA, semoga satu hari nanti kita akan disatukan
Seandainya kita disatukan nanti kau lebih mengenali diriku
Cinta yang ada ini hanya untukmu
In Sha Allah, seandainya jodoh kita bertemu
Cepat atau lambat kau tetap menjadi milikku..........

Cetusan Hati : Nurulizza Hj Ab Karim
( ^◡^)Hanya Mampu Tersenyum(ˆ⌣ˆc)

ܓ:: Detik- Detik Indah::ܓ

Tarikh keramat yang tidak dijangka
16 Mei 2013 pasti tidak dilupakan
Saat itu kau meluahkan rasa
Menyemai cinta yang lama tersimpan

Aku memang sukar mengerti
Luahan cinta pada diriku ini
Anggap disana hanya gurauan hati
Tidak disangka memang dicintai

Tidak terucap dengan kata-kata
Hanya mendengar terkaku seketika
Luahan rasamu mengambil masa
Tidak berani untuk membalasnya

Kau pula tidak putus asa
Tetap menunggu jawapan yang pasti
Kita bermula dengan sahabat saja
Makin lama makin dirasai

Dalam diri ada secubit curiga
Tapi tidak mampu diluahkan
Dalam kau tak sedari pula
Dirimu sedang menduduki ujian

Kali pertama kita berkeudara
Mendengar suaramu ala-ala jawa
Hati terusik tidak disangka
Terhibur pula mendengar suaranya

Tiap hari kita berkeudara
Gelak ketawa pasti ada
Segala masalah terus lari
Hanya yang ada senyum dihati

Cetusan Hati : Nurulizza Hj Ab Karim
Hanya Mampu Tersenyum

:: PERTEMUAN KAU DAN AKU::

Tidak terfikir dalam minda
Kau cuba menghampiri diri ini
Hatiku berkata untuk gembira
Tapi kau tetap cuba memahami
Dari hari ke hari
Kita pula makin mengenali
Senda gurauan mencuit hati
Usik-mengusik tentunya rasmi
Kini wajahmu dimana-mana
Dimana saja sentiasa bersama
Aku gembira kau ketawa
Terasa diri benar-benar dicinta


Mungkin ini dikata takdir
Bertemunya kita adalah ketentuanNya
Dalam kita tidak sedar
Sebenarnya kita serasi bersama


Sehari bertemu pasti ketawa
Berkeudara bersama memang rela
Kutuk-mengutuk itulah kita
Hilangnya ia pasti kecewa

Hasil Nukilan : Nurulizza Hj Ab Karim
Hanya Mampu Tersenyum


:: Dimana Keimanan Saat Diuji ::

Rindu dihati tak tertahan lagi
Airmata mengalir tanpa disedari
Saat hati meluahkan rasa
Jiwa menangis hati terseksa
Orang yang disayangi sedang disakiti

Kejamnya manusia membuat kerja
Mana letaknya iman didada
Dendam dihati punya angkara
Sanggup lakukan apa saja
Bagi memuaskan nafsu durjana

Lakukan demikian puaskah hati??
Mellihat insan lain dalam menderita
Cubalah kawal nafsu diri
Dimana keimanan saat diuji
Tepuklah dada tanyalah hati

Hasil Nukilan : Nurulizza Hj Ab Karim
Hanya Mampu Tersenyum

No comments:

Post a Comment